Thursday, May 14, 2015

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH AGAMA TUN SAKARAN (SABK), SEMPORNA.

Sekolah Agama Tun Sakaran (SABK) ini telah diasaskan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr Hj Sakaran B Dandai seorang Agamawan amat mulia hatinya. Asalnya sekolah ini didirikan daripada projek Fasa ke IX Yayasan Sabdi. Projek membina sekolah ini bermula pada Januari 2003. Sekolah ini terdiri daripada sebuah Bangunan Madrasah 2 tingkat. Bangunan ini menempatkan 8 buah kelas, mini perpustakaan, pusat sumber berkomputer, pejabat Yayasan Sabdi dan bilik mesyuarat. Lokasi sekolah ini terletak di Kompleks Inabah Kamal, bersebelahan dengan Kampung Sabdi dan Masjid Inabah Kamal yang turut didirikan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Hj Sakaran B Dandai. Sekolah ini didirikan di atas tanah berkeluasan

Pada mulanya, sekolah ini dinamakan Madrasah Inabah Kamal. Madrasah berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud ‘sekolah’. Perkataan Madrasah diambil sempena kurikulum sekolah ini yang berasaskan dini ataupun agama. Pada tahun 2009, pengelola sekolah ini telah cuba memohon untuk masuk sebagai warga dalam Kementerian Pendidikan Malaysia. Namun, usaha itu tidak berjaya disebabkan beberapa kekangan luaran dan dalaman. Nama Madrasah Inabah Kamal telah digantikan dengan nama Sekolah Agama Tun Sakaran (SABK), Semporna bertepatan dengan kehendak pengasasnya pada bulan Disember 2012.


Akhirnya pada tahun 2013, usaha lembaga pengelola sekolah bersama warga pendidik membuahkan hasil setelah termeterainya Memorandum of Understanding (MOU) antara Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia di Putrajaya pada 23.Oktober.2013. Perjanjian yang telah ditandatangani antara kedua belah pihak sekaligus telah mengangkat nama Sekolah Agama Tun Sakaran (SABK), Semporna sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) rendah yang pertama di negeri Sabah.

1 comment:

  1. Kesian pegawai yg bertanggungjwb dalam pendaftaran sekolah nie. Sbb tiada nama sekolah rendah agama tun sakaran. Sbb masih x tukar namanya. Dia ingatkan dh salah daerah. Jenuh dia kompemkan dgn pegawai atasan. Kaminkata, masih lagi nama lama. 1st time sampai semporna. Mcm² pengalamn baru di sini. Alhamdulillah, semuanya berjln dgn lancar. X pwgi mana² pon pegawai tu kt semporna. Kami serahkan dgn pegawai pendidikan semporna utk meneruskan agenda pendaftaran sabk pertama di Sabah. Smg berjaya melahirkan jiwa rabbani pendukung agama. Amin

    ReplyDelete